SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI OMAR TAHIR
Pengasas sekolah ini ialah Tuan Haji Omar b Tahir.Pelan sekolah ini
telah disiapkan pada 10.5.1951. Bangunannya didirikan di atas tapak
seluas 80 kaki kali 24 kaki. Rangkanya daripada kayu bakau bulat.Dinding
dan tingkapnya pula diperbuat daripada bertam.Pintunya dibuat daripada
papan dan atapnya daripada daun nipah.
Sekolah ini dinamakan Sekolah Melayu Rakyat Pengkalan Bujang. Hari persekolahannya bermula pada
6 Januari 1952. Tenaga pengajarnya seramai 5 orang. Kelima-lima guru
tersebut telah dipilih oleh Jawatankuasa Sekolah. Murid yang didaftarkan
adalah seramai 113 orang.Semua guru yang bertugas telah mendapat
bimbingan daripada Tuan Haji Saad b haji Yusof, iaitu seorang guru
terlatih dari Sekolah Melayu Bujang.Persekolahan
telah diadakan dalam dua sesi.Iaitu sesi pagi dan petang. Sesi pagi
bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari dan sesi petang
pada pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang.Setiap murid RM 3.00
sebulan. Daripada kutipan wang tersebut juga digunakan untuk membayar
gaji guru sebanyak RM 45.00 sebulan. Selepas 6 bulan sekolah dibuka
kerajaan telah member gaji tambahan sebanyak RM 45.00 seoarang.
Pada tahun 1960 sebuah bangunan tambahan telah didirikan melalui
bantuan daripada YB Encik Khir b Johari sebanyak RM 7500.00. Bangunannya
dibuat daripada papan dan simen serta berbumbungkan zink. Keluasannya
ialah 120 kaki kali 20 kaki.Pada tahun 1961 sekolah ini telah
diiktirafkan sebagai Sekolah Kerajaan dan diberi nama Sekolah Melayu
Pengkalan Bujang. Ketika itu Cikgu Darus b Sulaiman menjadi Guru Besar
dengan dibantu oleh lima orang guru penolong.Pada tahun 1969 atas daya
usaha Tuan Haji Omar b Tahir serta pemuafakatan daripada Encik Hasan b
Hanafi,En Darus b Shafie dan Guru Besar, pihak kerajaan telah bersetuju
mendirikan sebuah bangunan baru dua tingkat di atas tapak bangunan asal
dengan keluasan 120 kaki kali 24 kaki. Di samping itu didirikan juga
sebuah rumah guru yang berukuran 40 kaki kali 30 kaki.
Bangunan 2 Tingkat
Pada
tahun 1989 kerajaan telah member peruntukan sebanyak RM50,000.00 untuk
didirikan sebuah lagi bangunan tambahan bagi menempatkan empat buah
bilik darjah.Pada tahun 1989 juga pihak kerajaan telah memberikan
bantuan modal sebanyak RM 33,000.00 bagi membaik pulih sebuah bangunan
lama yang rosak.
Pada tahun 1993 telah didirikan pula bangunan rumah guru dua pintu
berkembar yang berharga RM 49,995.00 yang berukuran 30 kaki kali 24
kaki
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadambg tunjuk ajar sikit
Padamewah2
PadamAdmin, boleh update info-info latest tak..last post 2015 rasanya
BalasPadamTerbaik
BalasPadamWow.. Baru sedar akan kewujudan blog nie.. Tahniah admin!
BalasPadam